familia

familia

Tuesday, March 10, 2009

renungkan-

Assalamu'alaikum wrt wbt...

Ada pelbagai sebab mengapa isteri masam muka dengan suaminya:

1. Isteri tengah sidai baju, anak merengek nak susu, suami tengah tengok TV, yang buat susu adalah si isteri, lepas buat susu, isteri sambung sidai baju

2. Isteri lapar sangat, tengah makan dengan suami, anak bergaduh, nak mintak susu la, yang bangun isteri. mujur dia pun dah habis makan (nak tambah pun terbantut), tapi lepas buat susu anak, pinggan yang tak sempat dia basuh tadi, masih terbiar di atas meja. dia basuh pinggan pulak

3. Isteri tukarkan lampin anak, yang sorang lagi mintak susu, lampin yang kotor belum buang, isteri pegi buat susu, lampin tu sampai esok tak buang-buang, suami jalan sebelah buat tak nampak

4. Anak makan bersepah-sepah, makan sebelah ayah, tapi sampai ke sudah, yang bersepah tak dikemas, last2 isteri jugak yang kena kemas

5. Isteri dah penat, masa untuk tidur, belum sempat diulit mimpi, anak merengek nak susu, suami pulak boleh sabar dengar anak merengek. lepas satu mimpi, tukar mimpi lain pulak.isteri jugak yang bangun buat susu anak. kalau 3 kali anak bangun, 3 kali jugaklah isteri bangun.

6. Yang gosok baju suami siapa? suami penah ke gosokkan baju dan tudung isteri????

Tugas2 isteri:
buat susu, tukar lampin, mandikan anak, buang sampah, masak, basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, gosok baju, lipat kain, bangun malam buat susu, bangun malam tukar lampin, basuh berak anak

jadi...suami2. ..kalau setakat buang sampah ke, basuh pinggan ke...tentu suami boleh buat...yang lebih sedih, ada isteri yang basuh kereta, anta servis kereta...tolonglah. ...itu biarlah suami yang buat....janganlah bebankan isteri dengan hal2 kereta..mereka dah penat dengan anak2....

bukan nak hambakan suami...sekadar ingin kan sedikit bantuan dalam menguruskan rumahtangga yang telah dibina

Wahai suami yang tersayang... ramai lelaki yang kawin lain sebab mereka kata isteri kat rumah macam singalah, tak ceria lah, tak penuhi kehendak suamilah...

tapi lihatlah situasi di rumah anda....isteri anda seorang yang kendalikan anak2...anda langsung tak membantu...

apalah salahnya, kalau isteri tengah sidai baju, anda yang buat susu, atau anda ganti isteri sidai baju. kalau malam 3 kali anak anda bangun, apalah salahnya anda bangun sekali, biar isteri yang bangun 2 kali....sekali jer...tak boleh ker....

ada tugas yang jadi tugas suami, ada tugas yang memang tugas isteri...tapi jangan lupa ada juga tugas bersama...

ringan-ringankanlah tulang membantu isteri di dalam mengendalikan soal anak. kebanyakan isteri tak suka nak arah2 suami...jadi suami, bila isteri tak suruh bukan maksud dia tak payah bantu...anda faham2 lah sendiri...

sebab tu lah isteri anda masam muka, marah2...sebab dia penat...dia letih...sayangilah isteri anda, kasihanilah dia...dia telah banyak berkorban...

marilah berganding bahu, menguruskan rumah tangga kita!

RUMAHTANGGA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
HAPUSKAN DENGGI

2 comments:

  1. amboyy... baik punya smash ! Itu orang lain bukan aku... hehe

    ReplyDelete
  2. Renung-renugkanlah wahai para suami! Nanti bila para isteri masam muka, mulalah macam-macam hal! Isteri jugaklah yang tak kena pada mata si suami!Tugas isteri ni 24jam!

    ReplyDelete

anak-anak

anak-anak