familia

familia

Thursday, September 17, 2009

MAMA N KERJA

Salam anak2 mama..

Ari ni mama masih lagi kat ofis..klu ikutkan hati mama..dah malas dah nak datang kerja ni..hati dan pikiran mama dah kat kg dah..hehehe..tp sebab mama nak cuti panjang lepas raya, mama terpaksa la kerja jugka untuk ari ni n esok..
Ari ni, ari yang agak mencabar bagi mama..dengan mood yang kurang untuk bekerja..ade pulak masalah client yang susah untuk mama selesaikan..mama kongsi la cerita client mama tu dengan anak2 mama n kawan2 yang baca blog ni..
Kisahnye, seorang student dari Malaysia yang belajar di luar negara, nak kawin di sana..client ni ade masalah untuk kawin di sana atas masalah wali..mama yang handle kes ni dari awal bersama dengan Uncle Din(sorang ustaz di JAWI)..mama mintak client mama ni mintak kebenaran wali dari Malaysia...
Tapi dalam pemprosesan tu, ade satu perkara yang memeranjatkan mama, parent client mama ni datang membuat pengakuan bahawa client mama ni tidak layak di walikan oleh ayahnye sebab dia adalah anak yang bukan dari hasil perkahwinan yang sah..kesian kan..
Mama dan Uncle Din dipertanggungjawabkan untuk memberitahu hal sebenar kepada client mama yang kini berada di Oversea tu..sebak hati mama nak menyatakan hal sebenar padanye..die terpaksa menanggung akibat daripada perbuatan ibu bapanya..

Mama cerita ni untuk pengajaran pada kita semua..agar kita tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya dan tidak tergoda dengan mainan syaitan..untuk anak2 mama..mama tidak pernah alpa dan jemu untuk berdoa agar anak2 mama menjadi manusia yang beriman dan soleh..bukan harta benda dan sijil yang tinggi mama harapkan, cuma mama harap mama boleh bergantung harap pada doa anak2 mama yang soleh apabila mama n papa di panggil Pencipta kelak..

Mama sayang anak2 mama...

No comments:

Post a Comment

anak-anak

anak-anak