familia

familia

Monday, January 25, 2010

Dugaan n Ujian
















Salam anak2 mama..

Ari ni dah 25 hari kite masuk tahun baru..kejap je kan..tangan n otak mama pun rs masih di thn 2009..asyik tersilap je bila tulis tarikh..hehehe..tp rupenye dah 25 hari dah..n kurang sebukan lg anak2 mama akan sambut besday..hhmm..abg ah start buat permintaan dah untuk besday..adik belum lg..mgkin adik tgh pk nak present ape thn ni kan..hehehe..

Mama n papa pun dah start planning nak bg ape utk anak2 mama ni..bg mama, papepun mama tak kisah, janji anak2 mama hepi..tp mama rs thn ni nak spesel sikit la sbb anak2 mama behave sgt, rajin buat homework n yg ptg tak menyusahkan mama lgsg terutama bila mama start buat 'work'..hehehe..tu la mama n papa rs kene bg reward lebih sikit la thn ni..

Mama pk, mama nak hadiahkan mini laptop untuk abg n adik..nnti takde la kacau2 mama lg kan..papa pulak teringat nak belikan abg PS3 n Cd player Barbie..ok ke hhmm..nnti papa n mama pk kan kerelevanan present tu ngan abg n adik k..

sbnrnye..mama byk citer nak citer kan..termasuk hari pertama anak2 mama ke skul baru..takde masalah langsung, abg n adik terlalu excited..asyik senyum je n mintak mama snap beberapa pic..sbb abg kata nanti leh masukkan dalam laptop mama..(FB n Blog la tu...hehehe), so mama pun snap la..

Minggu pertama di skul, abg n adik kene buat banyak sgt homework..sian anak2 mama, sampai je umah, buat homework..sipa je homework terus tertido..penat ea..takpe la..blajar mmg camtu..nak pandai kene la penat2 dulu kan..tp sekarang dah ok sbb abg n adik dah biase..b setiap kali buar work..mama n papa akan janji untuk bg reward..wlpun rewardnye sekadar bukak tv untuk tgk katun..klu tak wat camtu, tak jalan..hehehe...

Ari ni lak, mama rs ngantuk n penat n letih..apa yang mama buat pun tak tahu..tp tu la pperasaan mama sekarang. Kadang2 mama rs letih melihar airmata client2 mama..menyebabkan mama selalu pk..Alhamdulliah, Allah bagi kita kehidupan yg cukup sempurna, sbb ade insan yg lebih malang dr kite..syukur sesangat...tp..dah namenye manusia..mama rs masih tak puas dgn ape yg ade sekarang..ish..ish..abg n adik pun sbnarnye tak puas hati juga ngan mama kan..sebb hmpir setiap hari akan tanya mama..'mama..bila abg n adik nak ade baby sndiri..taknak bb org lain..' . yg pasti, papa akan tersenyum lebar n kata 'camane ma?anak2 dah mintak'..ish...tekanan mama..tekanan...huhuhu....tggu la nnti mama slim sikit k...hahaha...

ok la..mama pun rs mama ni dah merapu yg bukan2..title lain n content blog lain..papepun layan je la..hehehe...

Untuk anak2 mama, mama doakan yang terbaik..rajin2 blajar tau..mama bukan tak tumpang senang anak2 mama..cukup tumpang dlm doa anak2 mama pun dah cukup syukur..
Untuk seme kawan2 mama yg tgh nak exam, ujian, dugaan..mama ucapkan tabahkan hati, kuatkan iman...InsyaAllah ade cahaya menanti kita di sana..Amn...

Tuesday, January 12, 2010

Suami Isteri

Salam anak2 mama..

lately ni mama agak malas untuk menulis..wlpun mama ade banyak cerita untuk dikongsikan..nanti la..bila ade mood mama akan tulis..

Ari ni, ade seorang sahabat mama yg selalu mengikuti perkembangan blog kite ni,die tanye pd mama, kenapa mama selalu utarakan topik berkaitan dengan CINTA..hhhmmm..kenapa ye...

Jawapan mama pd persoalan itu senang saja..kerana kite hidup, kite perlukan CINTA..kite mati juga kite perlukan CINTA...CINTA adalah terlalu agung, CINTA adalah terlalu suci dan CINTA adalah subjektif..hanya orang yang tahu apa itu CINTA akan dapat menilai n menghargai CINTA..CINTA adalah ANUGERAH...
Cuba bayangkan klu hidup kite ni takde cinta,takde sayang n takde kasih..atau 'takde perasaan'..tentu haru biru kan..tekanan..tekanan..hehehe..

ok tak jawapan mama...hehehe...klu tak caya tgk title blog ni sudahla..LOVE IS CINTA...

ok..ari ni mama nak share ape yg mama dapat dr entry salah seorang kawan FB mama..harap2 akan dapat memberi pengajaran kepada rakan2 blog mama yg lain..InsyaAllah..sbb kite hidup dengan CINTA kan sayang...hehehe

BUAT SI SUAMI N SI ISTERI

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah MusaApalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampanYusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Monday, January 11, 2010

CINTA

Salam anak2 mama..

Untuk entry kali ni..mama terpanggil untuk share artikel yg mama dpt dr seorang blogger..mama harap artikel ini dpt memberi sedikit pengetahuan tentang CINTA..

Bagi mama,cinta adalah sesuatu yang agung dan unik..hanya Allah yang maha mengetahui kenapa perlu adanye CINTA..

ERTI CINTA

1. Kita mengetahui yang kita merindui seseorang apabila jantung kita berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar Hai daripada dia sudah cukup menenangkan hati yang bergelora…
(kita mungkin menaruh hati kepadanya, cuma kita tidak menyedarinya ataupun kita tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan)



2. Jangan jadi terlalu baik, kami akan merinduimu. Jangan terlalu mengambil berat, kami mungkin menyukaimu. Jangan jadi terlalu ’sweet’, kami mungkin jatuh hati kepadamu. Amat sukar untuk kami menyayangimu jika kau tidak mahu membalasnya.
(seseorang yang membuat kita jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi dia)

3.Jika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kita.
(Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kita, dia akan kembali)



4. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapanmu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kau pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatanmu itu.
(hargai orang yang menyayangimu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas)

5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu akan membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
(Masa tidak menunggu kita. Jika kita rasakan kita telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau kita akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan kita benar2 bahagia)



6. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu(don’t be too choosy!)
(kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja)

7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kita. Dari kalangan yang kita pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari kita walau dimana sahaja kita berada.

(Bahagian 1: orang yang bersama kita ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 kita sayangi) (Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersamamu ketika ini tetapi masih menyayangi kau sepenuh hatinya, fikirkanlah)



8. Cinta itu membuatkan kita gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

(Jika kita bertemu seseorang yang benar2 menghargai kita, maka dia berhak mendapat kasih kita)

9. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
(kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang kita sayang/cintai, kita mestilah membuat dia mempercayai kita dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan kita. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap kita dan jangan ragu-ragu terhadap mereka)



10. Apa kata seseorang memberitahu kita ini Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi kita, jika kita mencintai dia, dia akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) kita selamanya..
(Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan)

11. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya kita kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
(Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk kita mencubanya terlebih dahulu; kerana jika kita berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika kita tidak mahu/berani mencubanya, kita mungkin akan kehilangan orang yang kita sayang/cintai selamanya)

12. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
(Bukalah pintu hati kita, benarkan orang yang kita sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati)



Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila kita bercinta. Ia bukan passport untuk kita difahami; tetapi untuk kita memahami. Ia bukan passport untuk kita mengambil itu dan ini; tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar; bukan supaya kita didengar. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira2 atau mengukur; tetapi untuk kita mencintai

Friday, January 8, 2010

Salah mama ke?

Salam anak2 mama...

Ari ni ari jumaat, hari terakhir mama keje dalam minggu ni..esok mama akan cuti n mgkin hanya akan berada di rumah..sbb mgkin esok papa keje...

Anak2 mama..ari ni mama rs sedih n terkilan n rs bersalah..mama ke yang salah?mama pun tak tahu..yg penting mama rase memang mama yang salah...tu la kadang2 kite tak tahu apa yang akan berlaku pd diri kita..kite juga kadang2 tidak mampu untuk mengawal diri kite..yg penting, mama memang salah...

Anak2 mama..mama ari ni rs kusut sangat, mama rs tak tenang n rs tak hepi..nasib baik papa ade..wlpun papa sbnrnye tak tahu pun ape yg berlaku..mama berlakon sayang..berlakon depan papa agar papa tak risau..papa skrang takleh risau..papa tak sihat..anak2 mama pun nanti jgn buat papa marah n risau k..sian papa..

Mama rs diri mama teruk sgt ari ni..mama rs penat la ngan seme ni..ntahla..sampai bila mama kne telan semua ni..semua kekurangan mama ni..mama ke yg salah?..Ya Allah..tolonglah keluarkan hamba mu dari segala kekusutan ni...

Anak2 mama..mmg mama rs mama teruk..mama tak fikir sebelum bercakap..mama tak fikir sebelum mama mengeluarkan kata2..mama selalu cam tu..kadang2 mama rs mcm mama ni pentingkan perasaan mama je..mama rs mama pikir pasal diri mama je..mama selalu buat org lain terasa..buat org lain kecik ati..ntahla..mama ni jenis manusia yg macamane ye...mama rs menyesal dgn perbuatan n tindakan mama...

Anak2 mama..mama rs mama tak mampu nak lawan kekurangan mama ni sorang..mama perlukan yang lain untuk mama bina keyakinan mama..nasib baik..mama ade sokongan yg setia dgn mama..mama ade papa n anak2 mama...ni la kekuatan mama...thsnks sayang....

Okla..mama dah rs ok sekarang..stlh mama luahkan pada 'teman setia' mama ni...hhmmm..thanks..klu la laptop ni boleh bercakap..ttu die pun akan bosan dgn semua luahan2 mama ni..yg pntg..pada mereka2 yg tersinggung dgn mama..mama minta maaf..minta maaf sangat2...

Salam sayang buat anak2 mama n papa

CINTA

salaam...


muhasabah cinta, dari edcoustic. hayati...


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Wednesday, January 6, 2010

Hari paling bz..

salam anak2 mama...

Ari ni hari ketiga mama keje dlm thn 2010..penatnye la rs..di tahun baru ni banyak keje yang mama kene siapkan..banyak keje jugak yang masih menanti..smpai mama nak makan pun tak sempat...

Mama nak citer pasal ape yang berlaku ari ni..hhmm..ari ni papa tak g keje..papa dapat MC..sian papa..semalam papa gi check ngan doktor, sebb papa rs die tak sihat..doktor kata blood pressure papa tinggi..doktor suh papa rehat..memangla, baru mama perasan, dah tiga minggu papa keje tanpa cuti,sian papa..

Semalam papa stress..mama tahu..muka papa nampak tak ceria, tp die saje wat2 suka sbb taknak mama risau..papa...papa..

Pastu papa ajak mama tgk movie..papa nak ilangkan stress die, mama ikutla,,kebetulan mama pun memang nak tgk citer tu..bila papa ajak..ibarat orang ngantuk disorongkan bantal la..hehehe..mama n papa tengok citer Avatar..best citer tu..ni lah citer pertama yg mama tgk, dgn tak berkelip..sbb takut terlepas adengan2 penting n kali pertama mama tgk tanpa tertido..hehehe..rugi anak2 mama takde..takpe nanti next week bila anak2 mama dah dtg..kite gi tgk Alvin n D Chipmunk n citer Princess n D frog..balik dr Alamanda dah kul 1..mama ngantuk n tido..hehehe

Ari ni,mama drive sendiri ke ofis..of course mama ngantuk sangat..hehehe..tp mama sblm tu dah bawak bekal sweet n air masak..klu mama ngantuk..mama mmg suke minum..hehehe..ms tengah drive mama dengar radio Hotfm..mama suke dgr channel ni sbb kekadang topik yang di bincangkan best..cam ari ni, bincang pasal topik gurauan yang melampau..topik ni membuatkan mama teringat satu kisah masa mama sekolah dl..ade kawan mama ni agak berisi gak la badan die..ms tu kami semua nak solat zuhur berjemaah, masa berdiri nak betulkan saf tu, mama gurau2 la n kata pada die, 'tempat ko kene luas sikit..seluas ko'..mama tak sangka kata2 mama td tu dah membuatkan die terasa..berhari2 gak la mama pujuk die..bile pk2 balik..agaknye sbb ni la badan mama jd cam ari ni..kutuk orang sangat..padan muka..hahaha..

Sampai je ofis..ofismate mama bgtau yg LNPT mama kene serahkan ari ni..mama pun semak la ape yang patut..tak sempat siap tu..ade call dr clien mama..lepas satu call ke satu cal..penat mama berlari2 ke tmpt telefon..(mama kene share fon ngan ofismate yg lain sbb ofis lama mama tgh dlm proses renovation). Jam kul 11, br mama makan, tu pun makan biskut je sbb mama tak sempat nak beli..pastu mama buat preparation untuk kes mahkamah petang ni..cari dokumen n fail2 yg nak jadikan bahan bukti..tetiba je..staff mama kata..ustzh..sy dah cri fail tu, tp tak jumpa..alamak..cuak mama..huhhu..jenuh mama cari serata tempat..berpeluh2 mama..tetap tak jumpa..akhirnye mama telefon pihak mahkamah menyatakan mamatak dapat hadir,,nasib baik pihak mahkamah ok..sbb mama cuma jd saksi je..n report mama takleh di jadikan isu di mahkamah..ok la..cume kene buat surat tunjuk sebab je la..kul 2, mama rs dah tak larat n makan serta solat..selesai je solat, bos mama nak jumpa n kami berbincang hingga kul 4.30..Ya Allah..penatnye..huhuhu...

Mama memang tak larat sangat, n masa drive balik mama asyik terlelap je..mama akhirnye amik keputusan untuk berhenti rehat kat tempat rehat tol..smpi sini, mama parking n apalagi..tido la kejap..hehehe..mama smpat jugak beli pisang n air..untuk tambah tenaga la kononye..hehehe..ms tu jugak mama call papa n papa tgh on d way ke klinik untuk wat check up skali lagi..Alhamdulillah..semenye dah agak ok..

Sampai je umah..mama terus tertido..hehehe..bgn2 je mama tgk papa dah takde..baru mama teringat yg ari ni papa ade meeting ngan committe apartment..papa kan AJK..hehehe..

Okla anak2 mama..tu je citer mama untuk ari ni..duk leklok..untuk papa..syg slalu..semoga ari esok lebih ceria..aminnn...

Tuesday, January 5, 2010

mood swing..again...

Salam anak2 mama...

Hari ni adalah hari pertama mama kerja di tahun baru ni..mama harap tahun ni akan lebih baik dari tahun2 sebelum ini..mama juga harap mama akan lebih sabar melayani karenah-karenah masyarakat sekeliling mama..thn ni jugak..mama harap akan ade sesuatu yang boleh mama jadikan kenangan..hehehe..br 4 ari..dah nak ade kenangan..walau bagaimanapun..365 hari di 2010 ini akan jadi kenangan pada 2011..hehehe..

Tapi..dalam keadaan yg penuh semangat di awal pagi..(sebab papa dah balik..n gi keje ngan papa)tetiba je mama rs semacam..pelik betul..rs nak marah orang..rs kecil hati..rs sedih..rs geram..semenye bercampur baur..hhmm...nape la mama ni..asyik ade je yang tak kene..apa lagi yg mama tak cukup..mama ade papa yg baik..anak2 yg comel2 n cerdik..mama ade nekma.tokbah,nenek n atuk yg memahami..ade kerjaya yg mama minat..mama ade segala2 nye..lengkap..cukup sempurna..tp mama tetap rs semacam..susah nak describe perasaan mama hari ni...smpi mama termarah seorang staff mama..sian die..sori intan..akak bad mood ari ni..huhuhu...

Masuk tahun baru..bermakna anak2 mama masuk skul baru..tp anak2 mama masih kat kg..nekma tak sempat nak antar sebab nekma kene keje..sp by nextweek br anak2 mama akan gi skul..lewat seminggu la dri fren lain..takpe la..mama tau anak2 mama kuat..mama je yg dah sebulan dok berdebar n teruja nak tengok reaksi anak2 mama 4 d first day skul..camane la gamaknye ye..harap2 ok la..hehehe...

Mama ingat mood swing mama ni habis sampai kat ofis je..rupanye tak..berlarut sampai ke rumah..ape la mama ni..tak sabar betul..nasib baik papa tak jadi mangsa mama seterusnye sebab papa tdo awal..papa sakit kepala..sian papa..tp sempat jugak la tadi mama mengadu ngan papa..n nangis2 manje kat papa..huhuhu...mama ingat ok la..rupanye tak..mama emosi lagi sampai mama termarah kawan mama..sian die..tak pasal je kan kene marah..aduh..dahsyat betul mood swing mama kali ni..hhmm..Ya Allah..berilah hamba mu ini kekuatan untuk terus menepis segala dugaan dan cubaanMU..nasib baik anak2 mama takde..klu ade..mesti kene tempiasnye jugak..huhuhu...

Sekarang ni mama dah rase ok sikit..dpt luah kat sini ok la..kepada anak2 mama..dengar cakap nekma n tokbah..jgn nakal2..jgn lupa ngaji n solat..untuk papa..tima kasih kerana sabar dengan 1001 karenah isteri mu ni..kepada seme mangsa2 mama ari ni..mama mintak maaf..intan..nanti akak blanja ikan bakar Bellamy ea..Hizandie..thanks..nanti akak blanja k..

okla..cukup smpai sini dulu..harap2 mood ni ok la..pegi la jauh2..penat la mama..hehehe..

salam sayang muah..muah..muah..untuk anak2 mama n papa..u r everything to me..luv u all so much...

Friday, January 1, 2010

selamat jalan 2009..selamat datang 2010

Salam anak2 mama...

Hari ni merupakan hari pertama dalam tahun 2010..nampaknye kite semua dah melangkah sekali lagi ke satu tahap kehidupan yang baru..

2009..sesungguhhye banyak memberi seribu kenangan pahit dan manis..kenangan ini akan terus kite tinggalkan menjadi kenangan dan kite akan menghadapi satu kehidupan baru yang juga akan menjadi kenangan satu hari nanti..ape pun yang pasti..anak2 mama tetap membesar dari sehari ke sehari dan akan mempamerkan seribu satu karenah yang kadangkala memeningkan kepala mama..tp seme yang abang n adik buat..takde satu pun yang menyusahkan mama..semuanye mencuit hati mama n kadang membuatkan mama 'geram' sangat..hehehe..

Kisah 2009 yang memberi banyak pengajaran dan seribu pengertian buat diri mama..kenangan2 serta pengalaman2 ini membuatkan mama lebih mengerti tentang kehidupan, lebih matang dalam membuat keputusan dan lebih bijak dalam mencari jawapan..walaupun jawapannye kadangkala tidak mama temui..kadang2 mama juga buntu dalam menghadapi kehidupan ini..tapi dengan kehadiran anak2 mama, papa serta orang2 yang mama sayangi..membuatkan mama lebih tabah..

Namun begitu..mama bukanlah seorang yang suka melihat kenangan..kenangan adalah hari semalam yang akan ditinggalkan..kenangan tetap menjadi sejarah..yang pasti..kite tetap akan melangkah ke hadapan..kita tetap akan melalui seribu satu dugaan dihadapan sana..kenangan2 ini akan memberi lebih kekuatan untuk ke sana..

Anak2 mama..bermulanya tahun baru ini, mama seakan mempunyai semangat baru..harapan baru..mama ingin yang yang terbaik n terhebat untuk anak2 mama..mama ingin jadi 'pembantu' yang akan sentiasa menyejukkan hati papa..mama berharap akan menjadi anak yang solehah buat nekma n tokbah..mama harap akan menjadi pendengar yang terbaik untuk client2 mama..mama mahu jadi yang terbaik untuk semua yang mama SAYANGI...

Anak2 mama..

Mama jugaa berharap kehadiran tahun baru ini akan memberi seribu keceriaan untuk keluarga kita..tak sabar untuk mama melihat anak2 mama membesar..doa untuk anak2 mama..semoga anak2 mama menjadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara..

Mama rs cukup buat kali ini..yang pasti mama sayang anak2 mama..mama sayang 'imam' mama..mama sayang semua yang mama tahu juga menyayangi mama...

Selamat tinggal 2009..kita mulakan hari2 yang ceria di 2010...

LUV anak2 mama n papa...

anak-anak

anak-anak