familia
Saturday, October 3, 2009
Raya 2009
Balik dr Sembahyang raya
Friday, September 18, 2009
raya
Thursday, September 17, 2009
MAMA N KERJA
Ari ni mama masih lagi kat ofis..klu ikutkan hati mama..dah malas dah nak datang kerja ni..hati dan pikiran mama dah kat kg dah..hehehe..tp sebab mama nak cuti panjang lepas raya, mama terpaksa la kerja jugka untuk ari ni n esok..
Ari ni, ari yang agak mencabar bagi mama..dengan mood yang kurang untuk bekerja..ade pulak masalah client yang susah untuk mama selesaikan..mama kongsi la cerita client mama tu dengan anak2 mama n kawan2 yang baca blog ni..
Kisahnye, seorang student dari Malaysia yang belajar di luar negara, nak kawin di sana..client ni ade masalah untuk kawin di sana atas masalah wali..mama yang handle kes ni dari awal bersama dengan Uncle Din(sorang ustaz di JAWI)..mama mintak client mama ni mintak kebenaran wali dari Malaysia...
Tapi dalam pemprosesan tu, ade satu perkara yang memeranjatkan mama, parent client mama ni datang membuat pengakuan bahawa client mama ni tidak layak di walikan oleh ayahnye sebab dia adalah anak yang bukan dari hasil perkahwinan yang sah..kesian kan..
Mama dan Uncle Din dipertanggungjawabkan untuk memberitahu hal sebenar kepada client mama yang kini berada di Oversea tu..sebak hati mama nak menyatakan hal sebenar padanye..die terpaksa menanggung akibat daripada perbuatan ibu bapanya..
Mama cerita ni untuk pengajaran pada kita semua..agar kita tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya dan tidak tergoda dengan mainan syaitan..untuk anak2 mama..mama tidak pernah alpa dan jemu untuk berdoa agar anak2 mama menjadi manusia yang beriman dan soleh..bukan harta benda dan sijil yang tinggi mama harapkan, cuma mama harap mama boleh bergantung harap pada doa anak2 mama yang soleh apabila mama n papa di panggil Pencipta kelak..
Mama sayang anak2 mama...
Tuesday, September 15, 2009
MAMA N SHOPPING

aru mama rasa penat..nak berjalan ke parking pun rasa dah tak larat...hehehe..ms mama berbuka tu..mama nampak ada budak mgkin sebaya abang n adik melepek je kat tepi tiang..sian diorang..diorang pun penat..nasib baik abg n adik tak ikut..klu tak..sian abg n adik..
KELAHIRAN

Thursday, September 10, 2009
BESDAY N ANNIVERSARY
Cerita pasal anniversary atau besday papa ni sebenar citer lama..sebab dah hampir seminggu ia berlaku..5 September 2009..tp mama tetap akan ingat tarikh keramat ni..sebab tarikh pada ni la, mama n papa bersama sebagai suami isteri..pada tarikh ni juga la, papa lahir ke dunia ni..
Tp mama nak cerita apa yang berlaku pada tarikh ni, thn ni..thn ni merupakan kali pertama mama n papa tak menyambutnye bersama..papa kene outstaion pada tarikh ni..sedih mama..dah la kene puasa sorang..sambut pun takk..
Thn ni juga, thn pertama kami menyambutnye tanpa kehadiran anak2 mama..selalu nye mama akan buat persiapan awal untuk besday papa dulu..abg n adik akan jadi org paling sibuk, abg n adik akan jadi tukang tunggu kek..hehehe..abg akan tanye selang seminit,'mama..bila papa nak balik..lambatnye"sebenarnye abg n adik tak sabar2 nak wish papa besday n makan kek kan..yg paling tak sabar abg n adik nak tiup lilin..selalunye klu besday org lain pun..abg n adik yg paling depan untuk tiup lilin...
thn ni papa, mcm biase tak pernah melupakan hadiah untuk mama..thn ni papa wat surprise..papa kata papa kene keje lagi pd 7 september..tp sebenarnye papa pergi cari hadiah untuk mama..mama je yang tak bagi papa apa2..apalah mama ni kan..hehehe..thn ni papa belikan mama perfume..dah berapa botol perfume papa belikan untuk mama..mama ni klu pefume tak sampai sebulan dah abis..hehehe..tp petang 6 september tu mama belanja papa buka puase..kami berbuka di kelab golf seri selangor..kebetulan hari tu juga sekolah papa dulu wat reunion..rugi abg n adik takde..klu ade..leh abg n adik jumpa Uncle Aman..kawan papa yang jadi steward tu..adik kan nak jd pramugari..hehehe..berangan la adik ni..
Dalam pada tu..mama tetap rs bersalah sebab tak bagi apa2 pun sempena besday n anniversary papa..semalam mama berkeras jugak nak celebrate..(tak celebrate sepenuhnye sblm ni)..mama ajak papa pergi The Mines...kami berbuka puase kat sana..mama belikan papa bag laptop idaman papa..sebagai hadiah la tu..walapun harganye tak setanding dengan harga perfume yang papa belikan untuk mama..tp mama rasa puas hati sebab mama bg sesuatu untuk papa..hehehe..
Masa jalan-jalan kat Mines tu, mama sempat jugak jenguk2 tengok baju raya n barang2 untuk anak-anak mama..mama tertarik pada satu kedai yang jual aksesori wanita..banyaknye barang yang warna pink dalam tu dik..mama teringatkan adik..apalagi..mama masuk n ambil beberapa barang kesukaan adik..mama belikan skarf, kelip rambut, beg n crown princess untuk adik..cantik ny
ok la anak2 mama..client mama dah sampai..kene work dulu..muah sayang...
Wednesday, September 9, 2009
RAMADHAN N H1N1
Thn lepas juga..waktu sahur..abg n adik dah bangun untuk sahur..geram pun ade jugak sebab mama ngantuk n penat..terpaksa pulak layan abg n adik..tp bila ingat balik, bagus jugak..sekurang2nye anak2 mama tau erti puasa..
Tp thn ni, mama terpaksa antar abg n adik ke kampung..papa selalu kene kerja..nursery tempat adik n abg tu buka sampai pukul 6.30 sahaja, mama n papa tak sempat untuk amik abg n adik..keadaan sekarang pulak tak menentu dengan adanye wabak H1N1..kesian mama tengok anak2 mama terpaksa pakai mask setiap hari untuk ke kindergarten..Nekma n Tokbah pulak hampir saban hari telefon mama suruh antar abg n adik balik kampung..risau kan cucu..hehehe..so mama n papa amik keputusan untuk post abg n adik balik kampung..
Tipa-tiap hari mama n papa akan telefon abg n adik..walaupun abg n adik taknak cakap ngan mama..sibuk nak main ngan ayam itik tokbah..kat kl ni takde ayam itik..sian abgkan..tak rasa erti sebenar keseronokan zaman kanak2..tu pun salah satu sebab mama n papa antar abg n adik balik kampung..biar fresh sikit..hehehe
Setiap kali telefon mesti adik akan pesan ngan mama supaya beli baju raya warna pink, kasut raya tumit tinggi pun warna pink..alahai dah besar rupanya anak dara mama ni..nak pakai kasut tumit tinggi..hehehe
abg pulak minta mama belikan kasut Ben 10..ish..ish..klu dah lelaki tu lelaki jugak..sebab abg kata abg puase(walaupun abg 5 kali sahur n 5 kali buke puase satu hari)..tp mama n papa bangga, sebab abg ikut tokbah gi sembahyang terawih..hebat anak mama..
Tokbah cerita ngan mama, hari pertama tokbah bawa abg ke masjid, sebelum solat tokbah pesan ngan abg supaya duduk diam, selepas sembahyang beberapa rakaat, tokbah hairan, kenapa abg masih tak bangun untuk ikut tokbah sembahyang..selalunye abg tak macam tu,abg akan ikut tokbah atau papa bila solat..tokbah tanye abg, kenapa abg tak solat?abg jawab'tokbah suruh abg duduk diam, tu la sebab abg duduk diam..'..hehehe..anak mama..lurus bendul betul..atau mgkin juga abg takut sebab ni pengalaman pertama abg ikut solat terawih..
Kesempatan abg n adik di kampung juga, mama n papa amik untuk tingkatkan ibadah di bulan mulia ni..mama dah takde halangan lagi untuk ikut papa solat terawih..klu tahun2 sebelum nye, mama hanya akan berterawih di rumah sebab kene jaga bag n adik..tp thn ni, mama ikut papa, kami terawih di masjid Bukit Aman atau surau bawah rumah kite je..tp mama tetap ingat anak2 mama...thn deoan kalau ada umur panjang, mama akan bawa anak2 mama untuk solat terawih..mgkin mama akan sunatkan abg lebih awal..
cerita pasal sunat pulak..mama rasa, mama akan sunatkan abg lebih awal agar senang untuk abg ikut papa atau tokbah ke masjid..mama ada tanya abg, bg nak sunat tak..abg gelak n jawab..nak, sebab kalau sunat abg boleh kawin.."anak mama, ke situ pulak die..mana teori abg amik pun mama tak tahu..mgkin abg pernah dengar kawan2 abg di sekolah bercerita atau tgk TV..mama rasa abg terpengaruh dengan cerita kegemaran abg n adik iaitu Bong..sebab adik pun tahu yang adik tak payah sunat sebab dah sunat masa kecil n adik kata kalau sunat akan dapat hadiah..cuba nak pujuk abg atau ade udang di sebalik batu(sebab adik nak share hadiah tu kot..hehehe)..
oklah anak2 mama..mama kene wat keje dulu..kalau tak work..takde baju raya..hehehe..mama n papa selalu doa supaya abg n adik akan jadi anak yang soleh n solehah...sayang abg n adik...muah...
Tuesday, September 8, 2009
SALAM
Tuesday, June 9, 2009
FUEL SAVER
Fuel Saver - Boleh jadi pengguna atau pengedar
AIR SPEED INJECTOR
Fuel Saver

Merupakan satu alat yang digunakan pada kenderaan untuk meningkatkan pembakaran dan keupayaan enjin sesebuah kenderaan. Ia merupakan sejenis alat yang dicipta khusus untuk tujuan tersebut, dan cara pemasangan yang amat mudah.
Kelebihan AIR SPEED INJECTOR ialah :
1) ia dapat menstabilkan enjin
2) menambah kuasa enjin dari segi "pick-up"
3) boleh dibuka dan dipindahkan ke enjin lain
4) memanjangkan jangka hayat palam pencucuh ( spark plug )
5) tiada kesan sampingan pada enjin
6) tiada pemotongan wayar enjin
7) tiada modifikasi pada enjin
8) mudah untuk dipasang kepada enjin
Harga AIR SPEED INJECTOR ini amat berpatutan. Dimana semua golongan atau semua peringkat mampu memilikinya. Ianya dijual pada harga RM100.00.
Banyak kereta-kereta yang boleh dipasang AIR SPEED INJECTOR dan ada juga yang tidak boleh.
Bagi kereta
Bagi kereta Jepun seperti Honda,
Bagi kereta
Cara Pemasangan adalah sebagaimana gambar dalam email ini.
Enjin Kelisa / Kenari - fuel injection


Enjin Kancil - Kaburator


Enjin Kembara Enjin Perdana V6


Enjin VIVA Enjin WAJA 1.6


Enjin Toyota Unser Enjin Honda CRV


Enjin Pajero V6 3000cc Enjin Ford Ranger


Enjin Mercedes Benz 124


Untuk maklumat lanjut sila hubungi 0133293632-emi
Tuesday, March 10, 2009
renungkan-
Ada pelbagai sebab mengapa isteri masam muka dengan suaminya:
1. Isteri tengah sidai baju, anak merengek nak susu, suami tengah tengok TV, yang buat susu adalah si isteri, lepas buat susu, isteri sambung sidai baju
2. Isteri lapar sangat, tengah makan dengan suami, anak bergaduh, nak mintak susu la, yang bangun isteri. mujur dia pun dah habis makan (nak tambah pun terbantut), tapi lepas buat susu anak, pinggan yang tak sempat dia basuh tadi, masih terbiar di atas meja. dia basuh pinggan pulak
3. Isteri tukarkan lampin anak, yang sorang lagi mintak susu, lampin yang kotor belum buang, isteri pegi buat susu, lampin tu sampai esok tak buang-buang, suami jalan sebelah buat tak nampak
4. Anak makan bersepah-sepah, makan sebelah ayah, tapi sampai ke sudah, yang bersepah tak dikemas, last2 isteri jugak yang kena kemas
5. Isteri dah penat, masa untuk tidur, belum sempat diulit mimpi, anak merengek nak susu, suami pulak boleh sabar dengar anak merengek. lepas satu mimpi, tukar mimpi lain pulak.isteri jugak yang bangun buat susu anak. kalau 3 kali anak bangun, 3 kali jugaklah isteri bangun.
6. Yang gosok baju suami siapa? suami penah ke gosokkan baju dan tudung isteri????
Tugas2 isteri:
buat susu, tukar lampin, mandikan anak, buang sampah, masak, basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, gosok baju, lipat kain, bangun malam buat susu, bangun malam tukar lampin, basuh berak anak
jadi...suami2. ..kalau setakat buang sampah ke, basuh pinggan ke...tentu suami boleh buat...yang lebih sedih, ada isteri yang basuh kereta, anta servis kereta...tolonglah. ...itu biarlah suami yang buat....janganlah bebankan isteri dengan hal2 kereta..mereka dah penat dengan anak2....
bukan nak hambakan suami...sekadar ingin kan sedikit bantuan dalam menguruskan rumahtangga yang telah dibina
Wahai suami yang tersayang... ramai lelaki yang kawin lain sebab mereka kata isteri kat rumah macam singalah, tak ceria lah, tak penuhi kehendak suamilah...
tapi lihatlah situasi di rumah anda....isteri anda seorang yang kendalikan anak2...anda langsung tak membantu...
apalah salahnya, kalau isteri tengah sidai baju, anda yang buat susu, atau anda ganti isteri sidai baju. kalau malam 3 kali anak anda bangun, apalah salahnya anda bangun sekali, biar isteri yang bangun 2 kali....sekali jer...tak boleh ker....
ada tugas yang jadi tugas suami, ada tugas yang memang tugas isteri...tapi jangan lupa ada juga tugas bersama...
ringan-ringankanlah tulang membantu isteri di dalam mengendalikan soal anak. kebanyakan isteri tak suka nak arah2 suami...jadi suami, bila isteri tak suruh bukan maksud dia tak payah bantu...anda faham2 lah sendiri...
sebab tu lah isteri anda masam muka, marah2...sebab dia penat...dia letih...sayangilah isteri anda, kasihanilah dia...dia telah banyak berkorban...
marilah berganding bahu, menguruskan rumah tangga kita!
RUMAHTANGGA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
HAPUSKAN DENGGI
Monday, February 16, 2009
Time kasih...
Tolong Ajar Boleh Tak ?
salam semua..aku baru jer jinak2 nk buat blog (blogspot) aku selalu tengok ader blog orang yang bar die kat kiri dan kanan tu....kiri untuk biodata diri... kanan plak untuk site2....macam ner nak buat eehh?? tak silap aku pakai code html kan?? kalau boleh yang mahir mahir tu tolong la nak buat macamana code html dia tu... boleh tak ??
anak-anak


