familia

familia

Monday, January 11, 2010

CINTA

Salam anak2 mama..

Untuk entry kali ni..mama terpanggil untuk share artikel yg mama dpt dr seorang blogger..mama harap artikel ini dpt memberi sedikit pengetahuan tentang CINTA..

Bagi mama,cinta adalah sesuatu yang agung dan unik..hanya Allah yang maha mengetahui kenapa perlu adanye CINTA..

ERTI CINTA

1. Kita mengetahui yang kita merindui seseorang apabila jantung kita berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar Hai daripada dia sudah cukup menenangkan hati yang bergelora…
(kita mungkin menaruh hati kepadanya, cuma kita tidak menyedarinya ataupun kita tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan)



2. Jangan jadi terlalu baik, kami akan merinduimu. Jangan terlalu mengambil berat, kami mungkin menyukaimu. Jangan jadi terlalu ’sweet’, kami mungkin jatuh hati kepadamu. Amat sukar untuk kami menyayangimu jika kau tidak mahu membalasnya.
(seseorang yang membuat kita jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi dia)

3.Jika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kita.
(Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kita, dia akan kembali)



4. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapanmu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kau pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatanmu itu.
(hargai orang yang menyayangimu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas)

5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu akan membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
(Masa tidak menunggu kita. Jika kita rasakan kita telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau kita akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan kita benar2 bahagia)



6. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu(don’t be too choosy!)
(kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja)

7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kita. Dari kalangan yang kita pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari kita walau dimana sahaja kita berada.

(Bahagian 1: orang yang bersama kita ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 kita sayangi) (Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersamamu ketika ini tetapi masih menyayangi kau sepenuh hatinya, fikirkanlah)



8. Cinta itu membuatkan kita gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

(Jika kita bertemu seseorang yang benar2 menghargai kita, maka dia berhak mendapat kasih kita)

9. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
(kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang kita sayang/cintai, kita mestilah membuat dia mempercayai kita dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan kita. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap kita dan jangan ragu-ragu terhadap mereka)



10. Apa kata seseorang memberitahu kita ini Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi kita, jika kita mencintai dia, dia akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) kita selamanya..
(Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan)

11. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya kita kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
(Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk kita mencubanya terlebih dahulu; kerana jika kita berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika kita tidak mahu/berani mencubanya, kita mungkin akan kehilangan orang yang kita sayang/cintai selamanya)

12. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
(Bukalah pintu hati kita, benarkan orang yang kita sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati)



Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila kita bercinta. Ia bukan passport untuk kita difahami; tetapi untuk kita memahami. Ia bukan passport untuk kita mengambil itu dan ini; tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar; bukan supaya kita didengar. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira2 atau mengukur; tetapi untuk kita mencintai

Friday, January 8, 2010

Salah mama ke?

Salam anak2 mama...

Ari ni ari jumaat, hari terakhir mama keje dalam minggu ni..esok mama akan cuti n mgkin hanya akan berada di rumah..sbb mgkin esok papa keje...

Anak2 mama..ari ni mama rs sedih n terkilan n rs bersalah..mama ke yang salah?mama pun tak tahu..yg penting mama rase memang mama yang salah...tu la kadang2 kite tak tahu apa yang akan berlaku pd diri kita..kite juga kadang2 tidak mampu untuk mengawal diri kite..yg penting, mama memang salah...

Anak2 mama..mama ari ni rs kusut sangat, mama rs tak tenang n rs tak hepi..nasib baik papa ade..wlpun papa sbnrnye tak tahu pun ape yg berlaku..mama berlakon sayang..berlakon depan papa agar papa tak risau..papa skrang takleh risau..papa tak sihat..anak2 mama pun nanti jgn buat papa marah n risau k..sian papa..

Mama rs diri mama teruk sgt ari ni..mama rs penat la ngan seme ni..ntahla..sampai bila mama kne telan semua ni..semua kekurangan mama ni..mama ke yg salah?..Ya Allah..tolonglah keluarkan hamba mu dari segala kekusutan ni...

Anak2 mama..mmg mama rs mama teruk..mama tak fikir sebelum bercakap..mama tak fikir sebelum mama mengeluarkan kata2..mama selalu cam tu..kadang2 mama rs mcm mama ni pentingkan perasaan mama je..mama rs mama pikir pasal diri mama je..mama selalu buat org lain terasa..buat org lain kecik ati..ntahla..mama ni jenis manusia yg macamane ye...mama rs menyesal dgn perbuatan n tindakan mama...

Anak2 mama..mama rs mama tak mampu nak lawan kekurangan mama ni sorang..mama perlukan yang lain untuk mama bina keyakinan mama..nasib baik..mama ade sokongan yg setia dgn mama..mama ade papa n anak2 mama...ni la kekuatan mama...thsnks sayang....

Okla..mama dah rs ok sekarang..stlh mama luahkan pada 'teman setia' mama ni...hhmmm..thanks..klu la laptop ni boleh bercakap..ttu die pun akan bosan dgn semua luahan2 mama ni..yg pntg..pada mereka2 yg tersinggung dgn mama..mama minta maaf..minta maaf sangat2...

Salam sayang buat anak2 mama n papa

CINTA

salaam...


muhasabah cinta, dari edcoustic. hayati...


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Wednesday, January 6, 2010

Hari paling bz..

salam anak2 mama...

Ari ni hari ketiga mama keje dlm thn 2010..penatnye la rs..di tahun baru ni banyak keje yang mama kene siapkan..banyak keje jugak yang masih menanti..smpai mama nak makan pun tak sempat...

Mama nak citer pasal ape yang berlaku ari ni..hhmm..ari ni papa tak g keje..papa dapat MC..sian papa..semalam papa gi check ngan doktor, sebb papa rs die tak sihat..doktor kata blood pressure papa tinggi..doktor suh papa rehat..memangla, baru mama perasan, dah tiga minggu papa keje tanpa cuti,sian papa..

Semalam papa stress..mama tahu..muka papa nampak tak ceria, tp die saje wat2 suka sbb taknak mama risau..papa...papa..

Pastu papa ajak mama tgk movie..papa nak ilangkan stress die, mama ikutla,,kebetulan mama pun memang nak tgk citer tu..bila papa ajak..ibarat orang ngantuk disorongkan bantal la..hehehe..mama n papa tengok citer Avatar..best citer tu..ni lah citer pertama yg mama tgk, dgn tak berkelip..sbb takut terlepas adengan2 penting n kali pertama mama tgk tanpa tertido..hehehe..rugi anak2 mama takde..takpe nanti next week bila anak2 mama dah dtg..kite gi tgk Alvin n D Chipmunk n citer Princess n D frog..balik dr Alamanda dah kul 1..mama ngantuk n tido..hehehe

Ari ni,mama drive sendiri ke ofis..of course mama ngantuk sangat..hehehe..tp mama sblm tu dah bawak bekal sweet n air masak..klu mama ngantuk..mama mmg suke minum..hehehe..ms tengah drive mama dengar radio Hotfm..mama suke dgr channel ni sbb kekadang topik yang di bincangkan best..cam ari ni, bincang pasal topik gurauan yang melampau..topik ni membuatkan mama teringat satu kisah masa mama sekolah dl..ade kawan mama ni agak berisi gak la badan die..ms tu kami semua nak solat zuhur berjemaah, masa berdiri nak betulkan saf tu, mama gurau2 la n kata pada die, 'tempat ko kene luas sikit..seluas ko'..mama tak sangka kata2 mama td tu dah membuatkan die terasa..berhari2 gak la mama pujuk die..bile pk2 balik..agaknye sbb ni la badan mama jd cam ari ni..kutuk orang sangat..padan muka..hahaha..

Sampai je ofis..ofismate mama bgtau yg LNPT mama kene serahkan ari ni..mama pun semak la ape yang patut..tak sempat siap tu..ade call dr clien mama..lepas satu call ke satu cal..penat mama berlari2 ke tmpt telefon..(mama kene share fon ngan ofismate yg lain sbb ofis lama mama tgh dlm proses renovation). Jam kul 11, br mama makan, tu pun makan biskut je sbb mama tak sempat nak beli..pastu mama buat preparation untuk kes mahkamah petang ni..cari dokumen n fail2 yg nak jadikan bahan bukti..tetiba je..staff mama kata..ustzh..sy dah cri fail tu, tp tak jumpa..alamak..cuak mama..huhhu..jenuh mama cari serata tempat..berpeluh2 mama..tetap tak jumpa..akhirnye mama telefon pihak mahkamah menyatakan mamatak dapat hadir,,nasib baik pihak mahkamah ok..sbb mama cuma jd saksi je..n report mama takleh di jadikan isu di mahkamah..ok la..cume kene buat surat tunjuk sebab je la..kul 2, mama rs dah tak larat n makan serta solat..selesai je solat, bos mama nak jumpa n kami berbincang hingga kul 4.30..Ya Allah..penatnye..huhuhu...

Mama memang tak larat sangat, n masa drive balik mama asyik terlelap je..mama akhirnye amik keputusan untuk berhenti rehat kat tempat rehat tol..smpi sini, mama parking n apalagi..tido la kejap..hehehe..mama smpat jugak beli pisang n air..untuk tambah tenaga la kononye..hehehe..ms tu jugak mama call papa n papa tgh on d way ke klinik untuk wat check up skali lagi..Alhamdulillah..semenye dah agak ok..

Sampai je umah..mama terus tertido..hehehe..bgn2 je mama tgk papa dah takde..baru mama teringat yg ari ni papa ade meeting ngan committe apartment..papa kan AJK..hehehe..

Okla anak2 mama..tu je citer mama untuk ari ni..duk leklok..untuk papa..syg slalu..semoga ari esok lebih ceria..aminnn...

Tuesday, January 5, 2010

mood swing..again...

Salam anak2 mama...

Hari ni adalah hari pertama mama kerja di tahun baru ni..mama harap tahun ni akan lebih baik dari tahun2 sebelum ini..mama juga harap mama akan lebih sabar melayani karenah-karenah masyarakat sekeliling mama..thn ni jugak..mama harap akan ade sesuatu yang boleh mama jadikan kenangan..hehehe..br 4 ari..dah nak ade kenangan..walau bagaimanapun..365 hari di 2010 ini akan jadi kenangan pada 2011..hehehe..

Tapi..dalam keadaan yg penuh semangat di awal pagi..(sebab papa dah balik..n gi keje ngan papa)tetiba je mama rs semacam..pelik betul..rs nak marah orang..rs kecil hati..rs sedih..rs geram..semenye bercampur baur..hhmm...nape la mama ni..asyik ade je yang tak kene..apa lagi yg mama tak cukup..mama ade papa yg baik..anak2 yg comel2 n cerdik..mama ade nekma.tokbah,nenek n atuk yg memahami..ade kerjaya yg mama minat..mama ade segala2 nye..lengkap..cukup sempurna..tp mama tetap rs semacam..susah nak describe perasaan mama hari ni...smpi mama termarah seorang staff mama..sian die..sori intan..akak bad mood ari ni..huhuhu...

Masuk tahun baru..bermakna anak2 mama masuk skul baru..tp anak2 mama masih kat kg..nekma tak sempat nak antar sebab nekma kene keje..sp by nextweek br anak2 mama akan gi skul..lewat seminggu la dri fren lain..takpe la..mama tau anak2 mama kuat..mama je yg dah sebulan dok berdebar n teruja nak tengok reaksi anak2 mama 4 d first day skul..camane la gamaknye ye..harap2 ok la..hehehe...

Mama ingat mood swing mama ni habis sampai kat ofis je..rupanye tak..berlarut sampai ke rumah..ape la mama ni..tak sabar betul..nasib baik papa tak jadi mangsa mama seterusnye sebab papa tdo awal..papa sakit kepala..sian papa..tp sempat jugak la tadi mama mengadu ngan papa..n nangis2 manje kat papa..huhuhu...mama ingat ok la..rupanye tak..mama emosi lagi sampai mama termarah kawan mama..sian die..tak pasal je kan kene marah..aduh..dahsyat betul mood swing mama kali ni..hhmm..Ya Allah..berilah hamba mu ini kekuatan untuk terus menepis segala dugaan dan cubaanMU..nasib baik anak2 mama takde..klu ade..mesti kene tempiasnye jugak..huhuhu...

Sekarang ni mama dah rase ok sikit..dpt luah kat sini ok la..kepada anak2 mama..dengar cakap nekma n tokbah..jgn nakal2..jgn lupa ngaji n solat..untuk papa..tima kasih kerana sabar dengan 1001 karenah isteri mu ni..kepada seme mangsa2 mama ari ni..mama mintak maaf..intan..nanti akak blanja ikan bakar Bellamy ea..Hizandie..thanks..nanti akak blanja k..

okla..cukup smpai sini dulu..harap2 mood ni ok la..pegi la jauh2..penat la mama..hehehe..

salam sayang muah..muah..muah..untuk anak2 mama n papa..u r everything to me..luv u all so much...

Friday, January 1, 2010

selamat jalan 2009..selamat datang 2010

Salam anak2 mama...

Hari ni merupakan hari pertama dalam tahun 2010..nampaknye kite semua dah melangkah sekali lagi ke satu tahap kehidupan yang baru..

2009..sesungguhhye banyak memberi seribu kenangan pahit dan manis..kenangan ini akan terus kite tinggalkan menjadi kenangan dan kite akan menghadapi satu kehidupan baru yang juga akan menjadi kenangan satu hari nanti..ape pun yang pasti..anak2 mama tetap membesar dari sehari ke sehari dan akan mempamerkan seribu satu karenah yang kadangkala memeningkan kepala mama..tp seme yang abang n adik buat..takde satu pun yang menyusahkan mama..semuanye mencuit hati mama n kadang membuatkan mama 'geram' sangat..hehehe..

Kisah 2009 yang memberi banyak pengajaran dan seribu pengertian buat diri mama..kenangan2 serta pengalaman2 ini membuatkan mama lebih mengerti tentang kehidupan, lebih matang dalam membuat keputusan dan lebih bijak dalam mencari jawapan..walaupun jawapannye kadangkala tidak mama temui..kadang2 mama juga buntu dalam menghadapi kehidupan ini..tapi dengan kehadiran anak2 mama, papa serta orang2 yang mama sayangi..membuatkan mama lebih tabah..

Namun begitu..mama bukanlah seorang yang suka melihat kenangan..kenangan adalah hari semalam yang akan ditinggalkan..kenangan tetap menjadi sejarah..yang pasti..kite tetap akan melangkah ke hadapan..kita tetap akan melalui seribu satu dugaan dihadapan sana..kenangan2 ini akan memberi lebih kekuatan untuk ke sana..

Anak2 mama..bermulanya tahun baru ini, mama seakan mempunyai semangat baru..harapan baru..mama ingin yang yang terbaik n terhebat untuk anak2 mama..mama ingin jadi 'pembantu' yang akan sentiasa menyejukkan hati papa..mama berharap akan menjadi anak yang solehah buat nekma n tokbah..mama harap akan menjadi pendengar yang terbaik untuk client2 mama..mama mahu jadi yang terbaik untuk semua yang mama SAYANGI...

Anak2 mama..

Mama jugaa berharap kehadiran tahun baru ini akan memberi seribu keceriaan untuk keluarga kita..tak sabar untuk mama melihat anak2 mama membesar..doa untuk anak2 mama..semoga anak2 mama menjadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara..

Mama rs cukup buat kali ini..yang pasti mama sayang anak2 mama..mama sayang 'imam' mama..mama sayang semua yang mama tahu juga menyayangi mama...

Selamat tinggal 2009..kita mulakan hari2 yang ceria di 2010...

LUV anak2 mama n papa...

Monday, December 28, 2009











Salam anak2 mama...

Ari ni mama rs ade mood nak update blog..hehehe...skrang ni mama masih kat ofis..tunggu client mama..klu diorang datang, ade la keje mama jap lagi..hehehe..

Anak2 mama sihat ke ari ni? smlm papa tepon mama n kata nak bawak anak2 mama ke rumah nenek..sian anak2 mama..diusung ke sana sini..mama lak takde...huhuu..sedih la..mama leh bayangkan kalau mama takde..camane nasib anak2 mama ni kan..papa pun mama kesian jugka, dah la kene keje..dlm ms yg sama kene jg anak2..hehehe..biar die rasa a kan..(jahat mama ni kan..)..

semalam anak2 mama hepi sgt kan..sebab nak gi umah nenek..mama tau sbb anak2 mama suka..sebab bile gi umah nenek ramai yang melayan, nak beli apa, makan ape..semua dapat kan..ingat..jgn mkn 'sweet' tau..
mama pun tau. sebab utama nak gi umah nenek, nak main atas padang ngan kuda abg mie kan..hhmmm..main la selama duk kampung ni..nanti dah balik KL..tak merasa la seme tu..abg n adik akan jd peminat setia TV n laptop..huhuhu...
Semalam, masa papa call mama, adik ngan abg dengan penuh keterujaan kata "mama..adik ngan abg nak gi umah nenek"..pastu kan mama..papa janji, papa nak belanja...nak gi beli baju..nak gi swim n nak gi makan white coffe (kopitiam..tmpat kesukaan anak2 mama)..yeke papa?papa klu dah janji jgn ingkar tau..sian anak2 kita..kurang kasih sayang..(lately ni)..

mama pun leh rs betapa hepinye abg ngan adik..siap nyanyi2 lagi..n abg kata pd papa yg masa tu tgh drive..'Papa..nanti umah nenek kite 3g mama..biar mama tgk kite kat umah nenek.."..eleh..nak suh mama jeles la tu kan..hehehe...paling mama terkejut n teruja..ade pelajaran br yg anak2 mama belajar kat kg..ms nak abis cakap tu..anak2 mama cakap.."ok mama...i luv u mama...ssaaaayyaaannnggg mama..muah..muah..muah..." hhhmmm..sape ajar nih? mesti papa ni kan..sebab biasenye papa je yg wat muah..muah..muah.. tu..anak2 mama biasenye setakat i luv u mama je..papa..malu la ngan anak2..huhuhu...

semalam..mama rs hepi sgt bila dgr suara anak2 mama..mesti anak2 mama tak rs rindu sgt kat mama kan..sbb ramai yg melayan..hehehe..anak2 mama pun mesti rindu papa kan..wlpun papa ade kat sana tp papa keje 24 jam...huhuhu..sian papa..takpe..nanti dah abis keje..papa cuti ea..mama pun nak cuti skali..kite gi hangout..hehehe..anak2 kite antar skul..hahaha...

ok la anak2 mama..client mama tgh register n tggu nak masuk bilik mama tu..kene entertain client mama dulu k..

anak2 mama dok umah nenek leklok tau..jgn nakal2 sangat..jgn selalu turun naik tangga..klu nak gi umah kak ja atau husna..bgtau nenek..jgn bg nenek marah..sian nenek..nenek tu bukan sihat sangat..jgn lupa solat n ngaji tau..mintak nenek ajarkan..n yg paling penting gosok gigi..jgn susahkan nenek..n satu lagi..klu ayah su bawak gi jejalan..jgn mintak macam2..klu ayah su bg br amik..ingat tu..

ok..mama selalu doakan anak2 mama...salam sayang..muah..muah...muah...hehehe

Saturday, December 26, 2009

Mama n Kesepian..






salam anak2 mama...

Untuk ke sekian kalinye mama lupa untuk update blog kite ni..ade saje keje yg mama kene buat..macam ni la mama..bile sampai je akhir tahun,banyak benda yang kene uruskan. SKT mama pun belum mama sipakan..hhmm..pemalas kan mama ni...bila la nak maju nih!!hehehe

Untuk entry mama kali ni, mama nak cerita tentang kesepian dan kesunyian mama..tanpa kehadiran papa n anak2 mama..nasib baik jugak ada laptop kesayangan mama ni..jd 'teman' mama sepanjang malam..huhuhu...agak2nye la..apa yg anak2 mama buat sekarang...mseti dah tido ni kan..

cerita tentang kenapa mama boleh jadi 'keseorangan' di KL ni..mama tak plan langsung untuk antar anak2 mama ke kampung..kebetulan papa outstaion di Kota Bharu..mama niat asalnye cuma nak balik jumpa papa..(papa yg suruh...rindu la tu..hehehe. Kebetulan juga nekma call mama n beria suruh mama balik..mesti nekma n tokbah pun rindu kan cucunye..jd mama janji ngan papasu untuk balik kg...padahal mama n papa dah janji ngan Tok Me untuk gi jalan2 ke JB..nak wat camane..papa kene keje..huhuhu...

Bila dah samapi kg..seperti yang mama agak2..anak2 mama ni akan 'menetap' lama di kampung. Kalau ikutkan hati mama,mama pun nak duduk lama2 di kampung..tp cuti mama dah tinggal sikit..mama ingat nak forward cuti mama tu ke thn hadapan..mama n papa planning untuk pergi bercuti thn dpn..so kene la simpan cuti sikit..anak2 mama doakan supaya rezeki kita bertambah ye..klu boleh mama ingat nak pergi Bali atau Phuket..tgk la mana yang ok..cuma anak2 mama kene rajin doa je k..

Berbalik pada citer anak2 mama di kampung..cam biase la, mama akan call 5-6 kali sehari..rindunye tak terkata la..huhuhu..mama juga akan 3g untuk tgk anak2 mama ni..ikut kata tokbah, abg n adik tak lupa untuk ngaji n solat..mama bangga dengan anak2 mama ni..wlpun penat main,tp solat n ngaji tetap juga buat..hhhmmm..macam tu la kalau nak jadi orang yang berjaya..

Dalam masa mama 'seorang; ni..mama amik kesempatan untuk cari tadika baru untuk anak2 mama..skul yang lama tu dah ubah waktu sesi..mama pk, tak sempat untuk amik anak2 mama nanti..mama dah register anak2 mama di Mykids Kindergarten, tak berapa jauh dari skul yang lama..ok la..mama tgk, skulnye bersih n ticer pun baik2..mgkin pada awal nani agak susah untuk abg n adik menyesuai kan diri..tapi mama tahu anak2 mama bijak..pandai berdikari..setakat tukar skul tu takde hal lah..anak2 mama kan hebat..(sebenarnye mama yang lebih berdebar untuk tgk reaksi anak2 mama ms first day skul nanti..). Mama juga ade cari barang2 skul untuk abg n adik..cuma beg skul je yang mama belum belikan..papa suh tggu papa balik..biase la..papa tu cerewet sikit..sebab dia nak yang terbaik untuk anak2 die..(dpt beli original Barbie n Ben 10..ok la kan..hehhe)mama lak yang lelebih kan..

Sepanjang mama 'seorang' ni..mama juga amik kesempatan untuk exercise n diet..hehehe..obsesnye mama nak kurus kan..biar nanti balik, papa tgk..wah slimnye dah mama..hehehe..boleh ke?takpe..mama akan cuba..mama akan kuat semangat...

Sekarang ni mama tengah layan citer Titanic..ni favourite story mama..mama ingat lagi citer ni mama first tengok masa kat Jordan..mama sanggup masak untuk kawan2 mama sebab nak pinjam video ni..hehehe..best bile mama ingat kenangan kat Jordan dulu..filem ni memang romantik sangat..how sweet...beranganla mama ni kan..hehehe...

ok la anak2 mama..mama rasa cukup la dulu untuk kali ni..banyak nak cerita, tp mcm takde idea pulak..papehal pun layan je la pic kita masa balik raya haji dulu..mama ingat lagi kata2 abg masa mama nak balik Kl..'mama balik la KL dl..nanti lepas raya datangla amik adik n abg..'..alahai anak2 mama..berapa kali kite nak beraya setahun..huhuu..

salam sayang..muah..papa nak sekali ke..ok la..muah 2 u to sayang...

Tuesday, December 8, 2009

Mama n keje




Salam anak2 mama...

dah agak lama mama tak update blog kite ni..takde mase la..lepas je raya puasa ari tu keje mama makin menimbun..tiap ari ade je keje n client mama makin hari makin ramai..pelik mama..sekarang ni macam musim org nak bercerai pulak..nauzubillah...

Dalam tempoh ni jugak kite sekeluarga menyambut Hari Raya Aidilahda, thn kite sambut di kampung papa..umah nenek..kebetulan pulak thn ni kite raya dalam musim banjir...huhuhu

Mase kite balik tu..sempat la abg n adik merasa camane banjir sebab umah nenek banjir..abg n adik mandi sampai kul 10 malam..hehehe..nasib baik masa tu air dah nak surut..tu yang papa bagi green light tu...

Banyak pic yang mama sempat snap..tp semenya masih ade dalam kamera n tepon papa..mama malas nak upload..huhu..nanti la bile mama ade mood mama akan upload..

dalam tempoh ni jugak..abg n adik sebenarnye start cuti sekolah..mama sengaja tak bgtau sebab takut anak2 mama ni malas nak gi sekolah..huhuhu...wlpun abg n adik selalu tanye mama..."mama,kenapa mama tak pakaikan abg uniform"..n ticer tak marah pun.."hehehe..kesian anak2 mama..

Lg satu mama nak cerita, mama ade jumpa sorang adik angkat mama melalui FB..web yang hampir setiap hari mama kunjungi..adik angkat mama ni org Kedah..dulu mama pernah jadi fasilitator die..masa tu tahun 1 di UKM n die nak amik SPM..die sekarang kat Jepun..terharu mama..berjaya juga die akhir..family die orang susah...tp die buktikan yang die boleh berjaya..mama nak anak2 mama berjaya macam die..mama akan buat apa saja untuk pastikan anak2 mama berjaya...papa n mama selalu doakan kejayaan abg n adik...setiap malam mama akan doakan di telinga anak2 mama..ayat penrang hati hati n pelembut hati..abg n adik akan geli..bile mama tiup ke telinga anak2 mama...hehehe..

Mama rase tu saja untuk kali ni..nanti mama akan upload pic kite banjir n hari raya eidul adha..untuk post ni..layan dulu2 pic2 ms raya puase dulu...hehehe...

salam sayang..muah...

Tuesday, November 17, 2009

tak tahu nak tulis ape..







Ari ni mama agak boring..yang sebenarnye takde idea nak tulis apa..mama upload pic je la..layan la..

Tuesday, November 10, 2009

Lama tak jenguk blog..






Salam anak2 mama...


Rasenye dah hampir sebulan mama tak jenguk blog kiter ni...lepas raya, mama bz sangat..mama kene kursus, dengan client mama yang datang bertalu, dengan keadaan rumah kita yang bersepah2 lepas renovation n kesibukan mama menguruskan anak2 mama ni..


Rutin mama lepas anak2 mama datang semula ke KL ni..mcm biase malah makin sibuk..sebab anak2 mama sekarang ni dah pandai mintak mama masak kan macam2..minta mama kemaskan rumah supaya cantik, minta ajarkan anak2 mama buat homework n minta mama bacakan buku cerita setiap kali nak tido...penat sangat..tp mama hepi..


Mama hepi bila tgk anak2 mama makin pandai n petah bercakap..setiap saat ade saje perkara yang abg n adik utara kan..macam2 soalan..bila mama marah..anak2 mama akan kata..'memang lam kene tanye..sebab adik n abang tak tau..klu tau macam mama, mesti tak tanye.." terkedu mama n papa bile anak2 mama cakap camtu..br mama sedar yang anak2 mama ni cerdik sangat n nak belajar..


Di skul jgk,mama terima feedback yang memuaskan dr teacher..teacher abg kata, abg gud..pandai ngaji..mama akui sebab setiap hari bila balik skul abang n adik akan baca doa baru atau tajwid yang baru abang n adik belajar..cuma adik je kurang ingat..takpe..mama tahu, adik belum keluarkan lagi apa yang ade dalam otak adik tu..hehehe


Sekarang ni mama kat ofis, mama cuba W1max baru yang papa belikan untuk mama..Thanks papa..luv u so much...papa belikan mama W1max ni sebab streamyx umah kite ade problem..dah seminggu mama tak online kat umah..kebetulan mama kene pindah ofis sementara,kat ofis mama ni takde PC n internet..mama saje je gurau ngan papa untuk beli broadband..n tak sangka..semalam papa betul2 belikan untuk mama...tq sekali lagi..mama je yang tak penah bagi apa2 untuk papa..cuma semalam je mama 'bermurah hati' untuk belanja kite seme KFC..papa terkejut bila mama bagi duit..papa tanya ni duit apa?mama kata biar mama belanja..papa senyum n kata tq sayang..mama nampak mata papa berair..huhuhu..sedihnye..nampak sangat mama ni kedekut kan..hehehe...


okla..mama ade keje nak buat..mama harap anak2 mama makin cerdik...gud n soleh..ingat tau..klu nak jadi 'bawa jet' (pilot) n model (cite2 adik..huhuhu...model muslimah ye dik..) (kene rajin belajar......muah....


sebelu tu jom kite layan pic yang kite snap masa raya..sebenarnye banyak lagi pic yang mama amik..tp tak sempat nak move ke PC..next entry, mama akan upload....



Saturday, October 3, 2009

Raya lagi



Takde mood nak tulis ari ni..layan je la pic masa raya ni ye..

Raya 2009



salam..

selamat hari ry pd semua rakan-rakan blog..
dah lebih seminggu mama tak update blog mama ni..sampai password pun lupe..hehehe..
malam ni baru la mama ade kesempatan untuk update blog mama ni..mama pun baru masuk keje ari ni..lama betul mama cuti..hehehe..papa lagi lama,papa dapat cuti dua minggu..yelah,thn ni papa tak pernah cuti pun..

mama naak citer pasal raya ari tu..mama n papa balik kg sehari sebelum raya,,jalan jammed giler..mama stuck dalam jammed hampir 2 ja..sampai papa bengang n patah balik ikut jalan lain..dah la sebelum tu tayar kete papa tetiba je pancit..nasib baik masa tu masih kat kl..sempat la gi tukar tayar dulu..huhuhu

akhirnya mama n papa sampai umah tokbah n nekma kul 11 lebih,abg n adik masih tak tido..masih leka main bunga api..abg terus tunjuk kasut raya yang tokbah belikan untuk abg..mama pun keluarkan seme baju raya yang mama belikan untuk abg n adik..lepas satu2 abg n adik cuba..hehehe
1 syawal 1430..buat pertama kalinye mama bawak abg n adik gi solat raya..exticed abg n adik..adik leh ikut mama solat dari awal sampai akhir..tak bergerak walau sikit pun..hebat anak mama..abg pun sama..papa kata abg good sangat...
okla..mama upload pic yang kite snap mase raya ari tu ea..layannn...





Balik dr Sembahyang raya





Friday, September 18, 2009

raya

salam anak2 mama..



Ari ni ari terakhir mama kat ofis sempena hari raya..esok mgkn mama n papa akan balik kampung. tak sabar rasanaye nak jumpa abg n adik..huhuhu..tak sabar nak tunjuk kat adik n abg baju raya yang mama belikan..(papa yang bayar..hehehe).
Mama sekarang tengah tggu papa untuk datang jemput mama..dah takde orang kat ofis mama ni..ade la 2 3 orang kawan mama..sekarang ni ujan...ok la nanti mama sambung lagi sebab papa dah tunggu...muah sayang...

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Thursday, September 17, 2009

MAMA N KERJA

Salam anak2 mama..

Ari ni mama masih lagi kat ofis..klu ikutkan hati mama..dah malas dah nak datang kerja ni..hati dan pikiran mama dah kat kg dah..hehehe..tp sebab mama nak cuti panjang lepas raya, mama terpaksa la kerja jugka untuk ari ni n esok..
Ari ni, ari yang agak mencabar bagi mama..dengan mood yang kurang untuk bekerja..ade pulak masalah client yang susah untuk mama selesaikan..mama kongsi la cerita client mama tu dengan anak2 mama n kawan2 yang baca blog ni..
Kisahnye, seorang student dari Malaysia yang belajar di luar negara, nak kawin di sana..client ni ade masalah untuk kawin di sana atas masalah wali..mama yang handle kes ni dari awal bersama dengan Uncle Din(sorang ustaz di JAWI)..mama mintak client mama ni mintak kebenaran wali dari Malaysia...
Tapi dalam pemprosesan tu, ade satu perkara yang memeranjatkan mama, parent client mama ni datang membuat pengakuan bahawa client mama ni tidak layak di walikan oleh ayahnye sebab dia adalah anak yang bukan dari hasil perkahwinan yang sah..kesian kan..
Mama dan Uncle Din dipertanggungjawabkan untuk memberitahu hal sebenar kepada client mama yang kini berada di Oversea tu..sebak hati mama nak menyatakan hal sebenar padanye..die terpaksa menanggung akibat daripada perbuatan ibu bapanya..

Mama cerita ni untuk pengajaran pada kita semua..agar kita tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya dan tidak tergoda dengan mainan syaitan..untuk anak2 mama..mama tidak pernah alpa dan jemu untuk berdoa agar anak2 mama menjadi manusia yang beriman dan soleh..bukan harta benda dan sijil yang tinggi mama harapkan, cuma mama harap mama boleh bergantung harap pada doa anak2 mama yang soleh apabila mama n papa di panggil Pencipta kelak..

Mama sayang anak2 mama...

Tuesday, September 15, 2009

MAMA N SHOPPING



salam anak-anak mama...hehehe..
Ari ni mama nak cerita pasal mama gi shopping raya..arin sabtu lepas papa ajak mama pergi shopping..shopping raya..kata papa..


Pada mulanya mama agak malas nak keluar shopping,tp memandang mama belum beli satu pun baju raya untuk abg n adik..mama kuar jugak..mama dah agak yang ari tu akan jammed n sure ramai org akan pergi KL..tp mama pikir, kat mana lagi mama nak beli..ni la masa mama nak pergi sebab papa ajak..klu papa ajak...mestila papa bayarkan..hehehe...


Mama bertolak dari rumah kita di Kajang dalam pukul 10..seperti yg di agak,masuk je KL..jalan jammed..mama dah cakap kat papa, antar mama je biar mama shopping sorang..papa pergi servis kereta atau pergi kerja..sebab mama ni memilih memang lama..mama tak nak papa penat tunggu mama n yang penting,mama nak shopping dalam keadaan yang tenang(klu ngan papa mesti asyik nak cepat je...hehehe),mama juga pesan kat papa,jgn call mama sampai mama yang call papa,mama akan call papa bila semua selesai n nak bayar je..hehehe..papa bagi kebebasan utuk mama ari tu n tak nak kacau mama shopping...hehhe..

Selepas papa drop mama kat tepi jalan,mama pun masuk la ke SOGO..punye la ramai orang..mama dah rasa pening n sesak nafas sebab bersesak2..mama terus je pilih yang mana mama suka..asal ada saiz je mama amik..tak kira harga brapa..tak sempat n malas nak pilih...hehehe..tak sampai dua jam, mama dah siap pilih baju abang n adik..pastu mama sorokkan bakul mama tu kat ruang nursery untuk mama turun ke tingkat bawah untuk pilih baju papa pulak..baju papa senang je..tgk saiz n mama berkenan terus mama amik,mama sorokkan jugak baju papa tu kat tempat cashier..sebab nanti papa yang nak bayar..hehehe..


abis bahagian papa,mama tgk jam dah hampir pukul 4 petang..mama teringat yang mama belum solat,mama terus ke surau..Ya Allah...ramai orang tengah beratur untuk amik wudhu..mama pun amikmkeputusan amik wudhu kat toilet je..dah siap amik wudhu,mama solat Zuhur. eloki je solat Zuhur selesai,masuk waktu Asar..mama terus solat Asar..Alhamdullillah..hutang mama dengan Allah untuk tghari tu selesai..


selesai je solat,mama ke tempat barang2 mama pulak,mama beli handbag n kasut untk mama,mama belikan untuk tokbah,nekma,atok,nenek n mama Nora.hadiah untuk raya,yang lelaki mama belikan baju..yang perempuan mama belikan kasut..yang ni mama bayar..hehehe..sebab kesian papa..


Dah siap kat situ,mama naik ketingkat atas..mama ingat nak cari novel,sampai je mama tengok kedai novel yang selalu mama pergi tu dah takde..mgkin pindah atau dah di ubah suai,,kat situ mama jumpa Gaun adik..warna pink..mama berkenan n 'cop;..(nak tanya pendapat papa sebab gaun tu agak mahal..)mama belek2 lagi baju adik n abg sambil telefon papa..rupanya papadah ade kat sogo..hehehe..papa naik jumpa mama n bayar..

mama tengok jam dah pukul 7 malam..alamak dah nak berbuka..papa beli air n kami berbuka kat kaki lima je..hehehe...masa tu baru mama rasa penat..nak berjalan ke parking pun rasa dah tak larat...hehehe..ms mama berbuka tu..mama nampak ada budak mgkin sebaya abang n adik melepek je kat tepi tiang..sian diorang..diorang pun penat..nasib baik abg n adik tak ikut..klu tak..sian abg n adik..



Mama tak larat n ajak papa balik..penat..belum apa2 mama dah tido..hehehehe..


Esoknya mama ke Parkson dekat umah kita..sedih n menyesalnye mama bila mama tengok apam yang ada kat SOGO ada kat parkson n jauh lebih murah...huhuhu..klu mama tahu..mama tak bersesak2 la kat SOGO tu..bila mama cerita kat papa..papa terus gelak'HAHAHAHA...PADAN MUKA..NAK SANGAT PERGI SOGO...huhuhuhu

KELAHIRAN


Salam anak-anak mama...


dah seminggu rasanye mama tak update blog mama ni..mama bz sgt..kat ofis tu terlalu banyak kerja yang mama kene siapkan..saban hari ade je orang datang jumpe mama..macam2 masalah yang mereka adukan pada mama..mama selalu berdoa agar keluarga kita akan sentiasa dirahmati n mingtak jauhla jadi macam family client2 mama tu..


Dalam pada sibuk dengan tugas mama,anak-anak mama ni tak mama lupakan..setiap hari mama n papa akan call tokbah n nekma untuk tanye perkembangan abg n adik di kampung..mama nangis bile dengar suare abg n adik..rindunye mama pada anak2 mama ni..rase menyesal antar abg adik balik kg ari tu..nasib baik papa ade..papa selalu suruh mama sabar n tolong kira hari untuk mama..ade lebih kurang 4 hari lagi mama akan balik kg n raya sesama..


raya tahun ni tentu akan lebih meriah sebab keluarga papa bertambah seorang lagi ahli baru..anak che su n ayah su..tepat jam 6.45 petang, 10 september 2009..lahir anak sedara mama yang kedua..baby girl..

lepas buka puasa tu mama telefon abg n adik untuk bgtau berita gembira ni..adik suke la sebab akan dapat kawan baru..di samping soalan2 adik yang adakalanye mama pun tak dapat nak jawab..adik semacam tak puas hati kenapa kalau orang bersalin kene keluarlan baby guna pisau n potong perut tu..tak sakit ke?lepas potong tu doktor buat apa pulak?kenen jahit ke?

kene gam ke?..macam2la adik ni..yang kelakar tu adik siap boleh cakap "adik dah agak dah..baby cje su tu girl..sebab masa adik pegang perut che su masa dia gemuk dulu..adik rasa lembut je..macam tangan adik ni (adik memang selalu perasan adik ni cantik)..klu lembut mesti la girl:..waa..anak mama ni macam bidan la pulak..harap nanti besaradik leh jadi doktor..sambung cita2 mama yang tak kesampaian tu..


Abang pulak bile mama bgtau baby girl..ni jawapan abg.."ala...girl lagi..abis tu mana kawan abg...?takpe la papa..sebab bg boy mesti seme org sayang abg..:"eleh perasan la anak mama ni..hehehe...
Ni cerita papa pulak..masa ayah su mesej papa tu,kami on the way nak balik umah..masa tu papanak singgah beli lauk untuk buka puasa..tetiba je mama tengok air mata papa mengalir..mama tanye kenapa papa sedih?br papa tunjuk mesej ayah su tu..mama kata..doala biar semenye selamat..tau tak apa kata papa?hehehe...papa kata"abe bukan sedih tie(che su) tu kene operate..tp abe sedih teringat masa mi nak bersalin dulu..sian abe tgk mi..letih, sakit,tak tenang...abe memang la dh berdebar masa tu..tak sanggup rasa nak suruh mi bsalin lagi.."..alahai papa..le situ pulak perginya..tu peristiwa 4 thn lalu..dulu ms mama bersalinkan abg n adik pun operate jugak..takut..hanya tuhan yang tahu..yang penting mama n anak2 mama selamat...hehehe..papa..papa..(tapi betul ke papa taknak mama bersalin lagi?konfius nih...hehehe..).
Papepun mama pasti raya ni lebih meriah..n yang penting baju pink yang sama mama belikan untuk adik,baby ain n baby baru...hehehe..untuk abg..biase la..baju transformer..abg punye untuk abg sorang n tak sama ngan sapa2..hehehe...muah untuk anak2 mama..untuk papa sekali la..hehehe....

Thursday, September 10, 2009

BESDAY N ANNIVERSARY






SALAM ANAK-ANAK MAMA..

Cerita pasal anniversary atau besday papa ni sebenar citer lama..sebab dah hampir seminggu ia berlaku..5 September 2009..tp mama tetap akan ingat tarikh keramat ni..sebab tarikh pada ni la, mama n papa bersama sebagai suami isteri..pada tarikh ni juga la, papa lahir ke dunia ni..

Tp mama nak cerita apa yang berlaku pada tarikh ni, thn ni..thn ni merupakan kali pertama mama n papa tak menyambutnye bersama..papa kene outstaion pada tarikh ni..sedih mama..dah la kene puasa sorang..sambut pun takk..

Thn ni juga, thn pertama kami menyambutnye tanpa kehadiran anak2 mama..selalu nye mama akan buat persiapan awal untuk besday papa dulu..abg n adik akan jadi org paling sibuk, abg n adik akan jadi tukang tunggu kek..hehehe..abg akan tanye selang seminit,'mama..bila papa nak balik..lambatnye"sebenarnye abg n adik tak sabar2 nak wish papa besday n makan kek kan..yg paling tak sabar abg n adik nak tiup lilin..selalunye klu besday org lain pun..abg n adik yg paling depan untuk tiup lilin...

thn ni papa, mcm biase tak pernah melupakan hadiah untuk mama..thn ni papa wat surprise..papa kata papa kene keje lagi pd 7 september..tp sebenarnye papa pergi cari hadiah untuk mama..mama je yang tak bagi papa apa2..apalah mama ni kan..hehehe..thn ni papa belikan mama perfume..dah berapa botol perfume papa belikan untuk mama..mama ni klu pefume tak sampai sebulan dah abis..hehehe..tp petang 6 september tu mama belanja papa buka puase..kami berbuka di kelab golf seri selangor..kebetulan hari tu juga sekolah papa dulu wat reunion..rugi abg n adik takde..klu ade..leh abg n adik jumpa Uncle Aman..kawan papa yang jadi steward tu..adik kan nak jd pramugari..hehehe..berangan la adik ni..

Dalam pada tu..mama tetap rs bersalah sebab tak bagi apa2 pun sempena besday n anniversary papa..semalam mama berkeras jugak nak celebrate..(tak celebrate sepenuhnye sblm ni)..mama ajak papa pergi The Mines...kami berbuka puase kat sana..mama belikan papa bag laptop idaman papa..sebagai hadiah la tu..walapun harganye tak setanding dengan harga perfume yang papa belikan untuk mama..tp mama rasa puas hati sebab mama bg sesuatu untuk papa..hehehe..

Masa jalan-jalan kat Mines tu, mama sempat jugak jenguk2 tengok baju raya n barang2 untuk anak-anak mama..mama tertarik pada satu kedai yang jual aksesori wanita..banyaknye barang yang warna pink dalam tu dik..mama teringatkan adik..apalagi..mama masuk n ambil beberapa barang kesukaan adik..mama belikan skarf, kelip rambut, beg n crown princess untuk adik..cantik nye..tak sabar nak tengok adik pakai..mesti comel..untuk abg pulak mama belum belikan apa2..sebab masa tu papa nak balik cepat..papa dah penat..dah seminggu papa tak rehat..sian papa..lgpun kat mines tu mama tak jumpa kedai untuk aksesori lelaki...hehehe..tp mama akan cari barang2 abg pulak..mama tau mesti abg nak barang Ben 10 atau power rangers kan..mama akan cri untuk abg..mama juga ade jumpe sorang budak yang agaknye sebaya abg n adik..die pakai mask warna pink n ade kartun..mama tertarik ngan mask yang die pakai tu..mama rasa klu abg n adik ade mask camtu..mesti nanti tak susah lagi untuk mama paksa adik n abg pakai mask..mama akan cari info kat mana die beli mask tu..semalam ade jugak mama search kat internet untuk dapatkan mask tu..tp takde..lgpun mama tak explore sangat, sebab dah ngantuk2 sangat2..walaubagaimana pun..mama akan dapatkan jugak untuk abg n adik..papa pun mama dah paksa dia untuk cari mask yang macam budak tu pakai..ntah pape la mama ni kan..hehehe




ok la anak2 mama..client mama dah sampai..kene work dulu..muah sayang...

anak-anak

anak-anak